assalamualaikum teman-teman
walaupun dah bersawang blog ni, gigih jugak nak sambung menulis hahaha.. sebab pulisan itu indah... last menulis blog pada tahun 2016 lama tinggal tu. ni dah 2019, kerajaan pun dah bertukar satu tahun lagi 2020, kereta dah boleh terbang sudah hahaha.
apa nak diceritakan. bila dah jumpa blog memang banyak benda nak diceritakan.
oh ya, aku pun sudah habis belajar di peringkat ijazah sarjana muda usuluddin. alhamdulillah tahun 2107 ak telah konvokesyen dengan jayanya dan pada hari 22.10.2017 ak berkonvokesyen.. ada suka ada duka pada tarikah tersebut. sukanya ak adalah ak berkonvo dan berjaya mendapatkan segulung ijazah hasil usaha penat lelah diri aku dan sudah tentu dengan bantuan penat lelah umi apak dalam memberi sokongan yang teguh... yang dukanya, ayah ak dimasukkan ke ward hospital besar kuala terengganu. jadi tak dapat lah ayah tengok aku naik pentas. tapi alhamdulillah ak bahagia dalam tangis. sedih jugak la bila duk dalam dewan ayah tak de mak pon tak boleh datang. memang ak sorang-sorang. terima kasih kawan menbahagiakan hari aku. sehubungan dengan hari itu jugak. ak dapat wish daripada "kekasih" (mata keatas sekarang dh pangkat ex) dia wish la beberapa patah ayat melalui wassep. rupanya tu lah wasep teakhir dia. dia tak mati, rupanya dia nak clash dengan aku. dasar lelaki, tapi ak tak pukul lelaki sama rata. mungkin dia ada alasan sendiri. ok done pasal hidup dengan belajar.
2018 aku dapat tawaran kontrak untuk bekerja di mahkamah syariah kuala terengganu. memeng banyak kenangan di sana. kau lelaki jangan main-main sama gue. hahaha ... aku dapat tawaran sebagai pembantu hakim. alhamdulillah aku dapat hakim atau yang arif yang paling balik di dunia. sampai ogos 2018 aku tamat kontrak. entah disambungkan atau belum sebab terengganu dah tukar kerajaan. aku tak salahkan kerajaan, ak cuma berharap kerajaan ambik peduli graduan macam aku nak mintak keje payah sekarang, sekurang dapat sambung kontrak aku dapat la merasa kerja dan duit hahahaha... maksud ak ringan kan beban orang tua. bercakap pasal orang tua. tahun ni tahun berduka buat ak. ayah yang aku panggil apak terlah pergi menghadap ilahi pada 18.4.2018 pukol 9.20 pagi tarikh yang tak pernah aku lupa. sebula selepas aku dapat kerja di mahkamah. ayah bangga sangat aku dapat kerja. niat aku nak kongsi duit gaji pertama aku kerja tak kesampaian .. minggu aku dapat gaji, aku dah asingkan duit dari simpanan aku, tapi ayah pergi dulu buat selamanya. terima kasih ayah. maafkan anakmu ini. aku amsih ingat, sehari sebelum ayah sakit teruk ak mintak kelulusan balik awal dari kerja, alhamdulillah hakim bagi keizinan, esoknya aku ambil cuti, rupanya cuti itu cuti kematian ayah aku, sedihnya kalau diingat kembali. waliku terlah pergi selamanya. terima kasih ayah. ok done pasal kehidupan 2018.
dannnnn... sekarang dah 2019. aku masih aku yang dulu... dunia makin tua dan dugaan makin berbisa. masih mencari kerja yang baik. hidup dengan ibu tercinta. masih single selepas ak putus dengan mamat 2017. setianya aku kan ... tapi begitu la. aku tunggu jugak dia kawen. tak kawen pun lagi. ahahhaha ...
ok gais doakan aku semoga hidup aku berjalan dengan baik dan lancar berlandaskan iman dan taqwa dalam diri. amin. sekarang tengan menunggu isi borang interim dini. ada rezeki inshaAllah. doaka yang baik2 ye sayang2 semua... aku tahu aku ni cume koya sorang jah tulsi blog ahahahaha bye bye.
No comments:
Post a Comment